right klik

Saturday, August 21, 2010

PERKARA YG SELALU D AMALKN OLEH RASULLUAH

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman”(HR Muslim)
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)”(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : “Jangan Marah”diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta ‘awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT
7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
Wallahualam. Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah
»»  READMORE...

MENAGIS ITU SATU KEBAIKAN


Ada tak orang yang tak pernah menangis? Kalau bayi menangis biasanya kerana lapar,lampin basah, sakit perut dsb, kalau wanita menangis pun dikira biasa – tgk hindustan pun boleh basah sapu tangan tapi kalau lelaki menangis buruk rupanya.
Lelaki memang ego yang kononnya tak boleh menangis sedangkan air mata yang gugur kerana cintakan Allah amat tinggi nilainya dan mendapat balasan di akhirat kelak. Namun begitu air mata yang gugur bukan hanya untuk meluahkan perasaan sedih sahaja kerana air mata kita banyak kelebihannya.

1. Membantu Penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang.. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.. jadi cara mengurangkan rabun itu menangis..? Tapi jangan jadi Kassim Selamat dah ler.

2. Membunuh Bakteria
Tak perlu ubat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang dialami.. Di dalam air mata terkandung cairan yang dipanggil lisozom yang dapat membunuh sekitar 90% – 95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.. jadi kalu mata korang sakit atau pedih, nangis jer..

3. Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali.. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam memulihkan sistem metabolisme tubuh, jadi kalau nak menangis, nangis aja .. jangan ditahan kerana malu, tapi jangan sampai meraung yang mengganggu jiran sebelah.

4. Mengeluarkan Racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui finding bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional mengandungi racun.. Tapi jangan salah anggap, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.. jadi itu tandanya menangis itu sihat bro..

5. Mengurangkan Stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres..? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi..

6. Membangkitkan Komunikasi
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga boleh membantu seseorang membangun sebuah komunikasi.. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi..

7. Melegakan Perasaan
Semua orang rasanya akan merasa demikian.. Meskipun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.. Keluarkanlah masalah di pikiranmu semasa menangis, jangan dipendam.
»»  READMORE...

Saturday, August 14, 2010

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH SETIAP MALAM

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

    * Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

    * Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

    * Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

    * Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

    * Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

    * Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

    * Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

    * Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

    * Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

    * Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

    * Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

    * Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

    * Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

    * Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

    * Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

    * Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

    * Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

    * Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

    * Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

    * Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

    * Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

    * Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

    * Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

    * Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

    * Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

    * Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

    * Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

    * Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

    * Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

    * Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
»»  READMORE...

PUASA JGN X PUASA..........


    Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq
(masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah
menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan
beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.


                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum
kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)


Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit
dan banyak makan itu punca segala penyakit."


                        Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

    * Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

    * Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya
      meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

    * Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang
      bernasib baik kehidupan mereka

    * Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

    * Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

    * Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya
      itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

    Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan
Ramadhan,ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.



                        FADHILAT PUASA RAMADHAN


    Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan
ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur
boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.


    Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana
sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana
menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

    Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh
yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku,
maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada
dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi
bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
»»  READMORE...

Friday, August 13, 2010

ADAB BERBUKA

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran dan sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis

1.Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu
2.Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air.
3.Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan.
4.Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.
5.Berdoa ketika berbuka.
6.Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka..
Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita....Selamat berpuasa..
»»  READMORE...

Monday, August 9, 2010

MACAM OREO JE




Rasanya binatang/serangga dalam gambar ni labah-labah kot kan? Tapi duduk dalam tanah dan memang menarik rekaannya. Aku pun blum pernah tengok depan mata aku sendiri lagi...Rupanya banyak lagi ciptaan tuhan yang begitu menarik aku tak tahu..
»»  READMORE...

Sunday, August 8, 2010

BDK AERO, CIPTA LA GEM,PAK2 SIKIT

10 kapal terbang pelik ini boleh terbang seperti kapal terbang biasa yang lain.










»»  READMORE...

PUPUS MEREKA KERANA KITA

1. Golden Toad (1989)


Golden Toad: bukan satu-satunya spesies hilang dalam 40 tahun terakhir, tetapi mungkin hanya salah satunya. Amfibi fluorescent itu ditemukan di ketinggian punggung bukit Kosta Rika, tetapi berkat polusi, pemanasan global dan infeksi kulit jamur, spesies ini punah pada tahun 1989.


2. Zanzibar Leopard (1996)


Salah satu dari beberapa subspesies macan tutul di Zanzibar. Leopard ini adalah penghuni alami kepulauan Zanzibar Tanzania. Masih belum jelas apakah kucing besar ini secara teknis punah - Namun kata penduduk sekitar ada sesekali penampakannya tapi belum dapat dikonfirmasi.

Penyebab kepunahan: Warga setempat percaya bahwa macan tutul adalah simpanan penyihir, dan akhirnya mereka diburu dengan agresif. Binatang itu dilihat sebagai predator jahat yang harus dibasmi dan bahkan pemerintah mengkampanyekan itu. Pada pertengahan tahun 90-an ada upaya konservasi tapi itu dianggap terlalu kecil, terlalu terlambat.


3. Po'ouli (2004)


Sebagai penduduk asli Maui, Hawaii, Po'ouli, atau Black-Faced Honeycreeper, hanya ditemukan di tahun 1970-an. Tetapi populasinya menurun drastis, dan pada tahun 1997 hanya bersisa tiga ekor Po'ouli. Upaya untuk dikawinkan dengan burung-burung yang tersisa gagal dan akhirnya spesies ini dinyatakan punah secara resmi tujuh tahun kemudian.

Penyebab kepunahan: Habitat menyempit, penyakit, predator dan penurunan dalam sumber makanan.


4. Madeiran Large White (2007)


Large Madeiran yang menakjubkan.Kupu-kupu putih itu ditemukan di lembah-lembah dari hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira Portugal. Kupu-kupu ini memiliki hubungan dekat dengan, Large White, yang umum di seluruh Eropa, Afrika dan Asia.

Penyebab kepunahan: Hilangnya habitat karena pembangunan serta polusi dari pupuk pertanian adalah dua penyebab utama dari penurunan spesies.


6. Pyrenean Ibex (2000)


Ibex Pyrenean terakhir meninggal pada tahun 2000. Namun, clone Ibex, dibuat dari kulit sampel yang diambil dari Pyrenean Ibex terakhir, ini dilahirkan pada tahun 2009. Namun meninggal tak lama setelah lahir karena komplikasi paru-paru.

Penyebab kepunahan: Berburu Ibex telah menyebabkan jumlah binatang ini berkurang secara serius dan konservasionis menyalahkan pemerintah Spanyol yang gagal bertindak pada waktunya untuk menyelamatkannya.


7. Badak Hitam Afrika Barat (2006)


Badak Hitam Afrika Barat telah dinyatakan punah pada tahun 2006, setelah konservasionis gagal menemukan sisa spesies dalam habitat tersisa terakhir mereka di Kamerun. Badak Hitam Afrika Barat adalah salah satu dari empat subspesies badak.

Penyebab kepunahan: para pemburu memburu badak karena tanduk, yang dipercaya oleh beberapa kalangan di Yaman dan Cina memiliki kekuatan aphrodisiacal.


8. Harimau Jawa (1979)


Serupa dalam tampilannya dengan Harimau Sumatra, harimau jawa adalah macan asli pulau Jawa Indonesia. Pada tahun 1800-an mereka begitu umum mereka dianggap hama oleh penduduk asli, tapi karena Jawa dikembangkan sebagai pulau hunian,populasi mereka menyusut. Pada tahun 1950-an, hanya tinggal tersisa 20 harimau.

Penyebab kepunahan: Kehilangan habitat dan pembangunan pertanian mengakibatkan penurunan populasi yang parah. Upaya konservasi di tahun 1940-an dan 50-an tidak berhasil karena kurangnya lahan dan perencanaan yang memadai.


9. Spix's Macaw (2004)


Juga disebut Little Blue Macaw, dikenal karena bulu biru yang indah. Sementara sebagian masih ada di penangkaran, burung biru kecil ini sudah punah di alam liar.

Penyebab kepunahan: penghancuran Habitat dan perdagangan ilegal berkontribusi pada berkurangnya angka populasi.


10. Boa Round Island (1975)



Asli Round Island, sebuah pulau kecil di lepas pantai Mauritius, Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak-lapisan tanah dari lereng gunung berapi. Hal ini pernah ditemukan pada beberapa pulau-pulau lain di sekitar Mauritius, tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940-an, dan hanya bisa ditemukan di Round Island setelah 1949. Ular terakhir terlihat pada tahun 1975.

Penyebab kepunahan: Pengenalan non-spesies asli kelinci dan kambing ke Round Island menghancurkan vegetasi dan mengganggu habitat ular itu.

11. Kupu Alcon Biru Belanda (1979)


Kupu-kupu ini sebuah subspesies dari Alcon Biru - ditemukan terutama di padang rumput dari Belanda. Sementara spesies lain yang saudara dekatnya masih ada di bagian Eropa dan Asia, Alcon Biru Belanda terakhir terlihat di alam liar pada tahun 1979.

Penyebab kepunahan: Pertumbuhan dalam pembangunan pertanian memiliki dampak negatif pada habitat Alcon Biru dan menyebabkannya kehilangan sumber makanan utama.
»»  READMORE...

HEBAT DAN CANTIK BUATAN MANUSIA

1. Fountains of Bellagio (Las Vegas): Pertunjukan Koreografi Air

Fountains of Bellagio Hotel di Las Vegas (AS) adalah sebuah kolam air mancur besar dengan pertunjukan yang melibatkan cahaya dan musik. Pertunjukan ini dapat dilihat dari sejumlah titik tertentu di the Strip, dari jalan dan dari bangunan tetangganya. Pertunjukan air tersebut dilaksanakan setiap 30 menit di sore dan awal malam hari, dan setiap 15 menit mulai 8 PM hingga dini hari.

The Fountains dibangun di atas danau buatan seluas sembilan ekar. Gerakan air diatur mengikuti berbagai musik; contohnya meliputi "Fly Me To The Moon" (Frank Sinatra), "Time to Say Goodbye" (Sarah Brightman dan Andrea Bocelli) dan "My Heart Will Go On" (Celine Dion).


Menurut mitos urban danau ini diisi dengan air kotor dari hotel, padahal menggunakan air segar, yang dibor beberapa dekade sebelumnya untuk mengairi lapangan golf yang sebelumnya menempati tanah itu.

Faktanya, air mancur ini menggunakan lebih sedikit air daripada lapangan golf. Mereka menggunakan jaringan pipa bawah tanah dengan lebih dari 1.200 selang yang menjadikannya mungkin untuk melakukan pertunjukan air mancur bersama dengan 4.500 lampu. Diperkirakan bahwa danau air mancur ini memakan US$50 juta dalam pembuatannya.


2. Fountain of Wealth (Singapura): Air Mancur Terbesar di Dunia


Fountain of Wealth terletak di bawah tanah di dalam mal perbelanjaan terbesar Suntec City di Singapura dan terkenal karena merupakan air mancur terbesar di dunia. Simbol kekayaan dan kehidupan, desainnya didasarkan pada mandala Hindu, dan merupakan representasi simbolis kesatuan rohani, persatuan dan harmoni diantara empat ras di Singapura.


Terbuat dari perunggu, dan terdiri dari sebuah lingkaran dengan panjang 66 meter yang dibantu oleh empat tiang besar. Menempati luas 1683 meter (5521 ft), dengan tinggi 13.8m (45.2 ft). Air mancur ini mencapai tinggi 30 meter.


3. Magic Fountain of Montjuic (Barcelona): Permainan warna, cahaya dan gerakan spektakuler


Magic Fountain of Montjuic adalah permainan spektakuler warna, cahaya, gerakan, musik dan akrobat air di Barcelona. Terletak di Placa d'Espanya dan National Palau, air mancur ajaib ini menarik ribuan turis setiap malam. Dibangun oleh perancang Carles Buigas tahun 1929 untuk Pameran Universal Besar, hampir 3000 pekerja dilibatkan dalam proyek ini selama kurang dari satu tahun.


4. Volcano Fountain (Abu Dhabi): Kehilangan untuk Selamanya

Sedihnya, tahun 2004 Volcano Mountain pernah menjadi markah tanah terkenal Abu Dhabi dan salah satu air mancur terindah di dunia diruntuhkan untuk memberi ruang untuk pembangunan perumahan.


Air mancur setinggi 80 kaki ini dibangun menyerupai piramida lingkaran,dengan anak tangga dari keempat sisi menaiki enam platform air mancur ke atas. Pada sore hari, air mancur ini berubah menjadi perunjukan dengan cahaya berwarna sementara air mengalir ke bawah.


5. Big Wild Goose Pagoda Fountains (Xian): Di Sekitar Pagoda Kaisar Gaozong


Dibangun tahun 652 selama pemerintahan Kaisar Gaozong dari Dinasti Tang, Big Wild Goose Pagoda adalah sebuah bangunan kuno terlindungi dan tempat suci bagi penganut Buddha. Terletak di pinggiran selatan Xian City (Cina), tempat ini adalah rumah bagi air mancur musikal terbesar di Asia, dengan garis cahaya terpanjang di dunia.


6. People's Friendship Fountain (Moskow): Air Mancur Era Uni Soviet


People's Friendship Fountain (juga dikenal sebagai Friendship of Nations) di Moskow memiliki 16 patung yang memakai kostum nasional mereka, mewakili seluruh Republik Uni Soviet. Air mancur ini dilengkapi oleh kolam oktahedral granit merah dengan luas permukaan 4.000 meterp ersegi.


Air mancur ini dijalankan oleh sebuah sistem delapan pompa yang dapat menembakkan 1.200 liter air dari 800 jet hingga mencapai tinggi 24 meter per detik.


7. Trevi Fountain (Roma): Air Mancur Terkenal di Dunia

Berdiri setinggi 25.9 meter (85 feet) dan selebar 19.8 meter (65 feet), Trevi Fountain (Fontana di Trevi) memiliki salah satu pahatan terindah di Italia: Neptune atau Oceanus di tengah dan dua triton, satu berusaha menjinakkan kuda yang melambangkan laut kejam, dan satu lainnya meniup kerang yang melambangkan laut tenang. Dipesan tahun 1732 oleh Clemens XII dan tiga puluh tahun kemudian penggantinya Clemens XIII menyucikannya.


Trevi menjadi terkenal karena adegan dalam film "La Dolce Vita" buatan Fellini, ketika Anita Ekberg bermandi larut malam di air mancur ini. Juga ada legenda yang mengatakan, bila Anda melempar koin ke Trevi Fountain, Anda akan kembali ke Roma.


8. Oval Fountain (Tivoli): Situs Warisan Dunia UNESCO


Fontana dell'Ovato (Oval Fountain), juga disebut Fontana di Tivoli, terletak di Villa d'Este, Tivoli, Italia. Air mancur ini bermuara di kolam berbentuk telur kemudian masuk ke kolam yang dibuat di nymphaeum berkarat. Desainnya dibuat oleh Pirro Ligorio. Seluruh Villa ditetapkan sebagai Situs Warisan Dunia UNESCO tahun 2001.


9. Peterhof Fountain (Saint Petersburg): Di Sepanjang Versailles-nya Rusia

Peterhof adalah sebuah kediaman Kekaisaran yang mewah dan indah, didirikan tahun 1710 oleh Peter Agung di tepi Teluk Finlandia (Laut Baltik). Menggabungkan beberapa istana, sejumlah taman lanskap dan kumpulan patung dan air mancur, memberinya sebutan "Versailles-nya Rusia".


Grand Cascade mengalir dari bawah istana menuju Laut Baltik dan merupakan salah satu rangkaian air mancur terbesar di dunia. Dari air mancur terbesar Grand Cascade, dipenuhi patung emas Samson berkelahi dengan singa, sebuah kanal mengalir melalui taman ke dermaga, dimana hydrofoil dan kapal dari St. Petersburg berlabuh.


10. King Fahd's Fountain (Jeddah): Air Mancur Tertinggi di Dunia

Terletak di kota Jeddah, Saudi Arabia, King Fahd's Fountain terkenal karena merupakan air mancur tertinggi di dunia, menembakkan air ke ketinggian 1023-ft (312m) lebih tinggi dari Menara Eiffel bila antenanya ditiadakan.


Menggunakan 3 pompa raksasa yang dapat menembakkan 625 liter air per detik pada kecepatan luar biasa 233 mph (375 km/h). Bila bepergian ke Jeddah, jangan lupa mengunjungi air mancur ini, luar biasa.
»»  READMORE...

Pages