right klik

Friday, August 13, 2010

ADAB BERBUKA

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran dan sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis

1.Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu
2.Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air.
3.Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan.
4.Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.
5.Berdoa ketika berbuka.
6.Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka..
Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita....Selamat berpuasa..

No comments:

Post a Comment

Pages