right klik

Sunday, August 8, 2010

MERDEKAKAN MINDA DAN DIRI

“ MEMERDEKAKAN KEMERDEKAAN ”
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA! Sekalung ucapan tahniah kepada semua Muslim di negara tercinta Malaysia kerana berjaya mencapai kemerdekaan Ke-50 Tahun Negara dengan segala macam kemakmuran dan kemajuan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 
Rasulullah S.A.W. pernah melahirkan rasa bimbang dan takut kepada umatnya setelah berada di puncak kegemilangan negara Madinah suatu masa dahulu. Aku tidak bimbang sekiranya kamu menghadapi kemiskinan tetapi apa yang aku takut ialah apabila dibentangkan kepada kamu segala habuan dunia yang akhirnya kamu akan berebut-rebut dan berlawan untuk mendapatkannya sedangkan kamu lupa kepada akhirat. Akhirnya waktu itu kamu akan dibinasakan oleh Allah sepertimana Allah melenyapkan umat-umat terdahulu daripada kamu.
Kebimbangan baginda adalah mukjizat yang kekal hingga ke hari ini.
Generasi kini menyambut kemerdekaan dengan keseronokan bermandikan gemerlapan cahaya bunga api hingga ke pagi manakala generasi pejuang kemerdekaan melahirkan kemerdekaan itu dengan perjuangan bermandikan peluh dan titisan darah sehingga mati syahid menuntut kemerdekaan.
Namun apakah kemerdekaan yang telah diperjuangkan suatu masa dahulu ini akan berkekalan buat selama-lamanya? Apa yang membimbangkan kita  : ‘Bukankah selepas mencapai kemuncak ialah menuju ke bawah dan bukankah mempertahankan sesuatu lebih sukar dari berjuang mendapatkannya? dan apakah kemerdekaan yang akan kita wariskan kepada generasi akan datang?
Kita mengharapkan kemerdekaan yang kita kecapi ini menjadi  kemerdekaan yang diredhai Allah dan RasulNya. Minda Muslim perlu dididik bagi menelusuri kehidupan bersuluhkan cahaya rabbani pimpinan ilahi dengan bermodelkan Muhammad suri teladan sepanjang zaman. Mencontohi baginda dan para sahabatNya adalah permulaan jalan kebahagiaan.
Justeru renungilah “ erti kemerdekaan sebenar dari ucapan sahabat Rasululah bernama Rub'ie bin A'mir apabila bersemuka dengan panglima utama rentera Rom bernama Rustam tatkala Kota Rom jatuh ke tangan tentera Islam : Islam adalah agama yang memerdekakan penganutnya dari belenggu sembahan sesama manusia kepada sembahan Tuhan yang memiliki semua manusia, mengeluarkan manusia dari kegelapan serta kezaliman jahiliyyah kepada cahaya Islam dan mendidik manusia untuk mencintai keluasan akhirat dengan segala nikmat yang hakiki dan abadi dari mencintai kesempitan dunia yang menipu dan palsu ”.
  

No comments:

Post a Comment

Pages